SHAH ALAM: Penghantar barangan yang melanggar anggota polis ketika cuba meloloskan diri dalam Operasi Samseng Jalanan Ahad lalu dipercayai bertindak demikian kerana motosikal yang ditunggang tidak mempunyai cermin sisi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati suspek mendakwa takut dikenakan saman atas kesalahan berkenaan.
"Semakan dijalankan mendapati motosikal suspek tidak mempunyai cermin sisi dan itu jadi punca suspek panik dan cuba larikan diri sebelum melanggar anggota polis ketika kejadian.
"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki lesen memandu yang sah selain cukai jalan motosikal yang ditunggang suspek masih ada," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Katanya, siasatan lanjut berkaitan kejadian ini masih dijalankan.
"Semakan dijalankan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau atau dadah," katanya.
Menurutnya, anggota polis yang parah serta suspek masih dirawat di Hospital Shah Alam.
"Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan ketulan darah beku pada bahagian belakang kepala mangsa akibat daripada hentakan yang kuat akibat dilanggar semasa kejadian.
"Suspek yang turut mengalami kecederaan akibat kejadian terbabit difahamkan akan menjalani pembedahan mata akibat terdapat kesan pendarahan pada belakang mata," katanya.
Pada Ahad, seorang anggota polis parah dilanggar penunggang motosikal yang cuba meloloskan diri dalam Operasi Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Seksyen 14 dekat sini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika suspek bertindak melawan arus untuk melarikan diri sebelum melanggar mangsa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 04 2023
Pemeriksaan doktor mendapati terdapat darah beku pada bahagian belakang kepala mangsa akibat hentakan dilanggar semasa kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
Isu All Eyes on Rafah: 'Janganlah tutup periuk nasi saya' - Ning Baizura
Ning turut menegaskan dirinya antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan untuk Gaza dan bersolidariti untuk Palestin.
Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan
Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.
Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang terkorban.
4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
Takut kena saman tiada cermin sisi, polis parah dirempuh penghantar barang
Penghantar barangan yang melanggar anggota polis ketika cuba meloloskan diri dipercayai bertindak demikian kerana motosikal yang ditunggang tidak mempunyai cermin sisi.